Assalamualaikum wa rahmatullahiwabarakatuh
Untuk pengetahuan saudara saudari, tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk memberikan maklumat tentang pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 3 khususnya di bawah topik Sirah.
Siapa kami ??
Blog ini dikendalikan oleh tiga gadis manis iaitu saudari Nur Awatiff Bt Razlan, Nurul Afiqah Bt Mustapha dan Norsyafiqah Bt Masri.
Kami sedang menjalani Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda ambilan Jun 2019 dalam bidang Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPGK PM).
Selain itu, blog ini adalah sebagai sebahagian daripada tugasan kerja kursus kami bagi subjek Kemahiran Belajar (GKB) di bawah bimbingan Madam Siti Aishah bt Mohamad.
Justeru itu, kami amat berharap bahawa blog ini dapat dimanfaatkan sebaiknya khususnya dalam bidang pembelajaran.